rss

Thursday, September 10, 2009

Diri kita dan kawan-kawan


Masih kite berbicara al-kisah kehidupan. Tapi kali ini, tidak mengira jantina, maksudnye boleh diguna pakai kedua2 pihak. Hmm baiklah. Al-kisah bermula.

Setiap hari anda akan berjumpa atau mengenali sahabat baru. Anda rasa anda cukup lengkap sifat, tapi adakah ia memenuhi ciri2 dan keinginan sahabat2 anda?. Kita masing-masing ade perwatakan dan budi bicara tersendiri. Ada yang dilahirkan dengan sifat mudah diterima orang dan ade pula yang memang zahirnya lahir dengan sifat pendiam dan suka buat hal sendiri.

Kalau difikirkan kembali, kenapa tiap-tiap kali kite berkenalan dengan sahabat baru, kite ingin kenal hati budi sahabat tersebut?

Bukan anda seorang sahaja yang berfikiran begitu, sebaliknya mereka juga berfikiran yang sama. Perhubungan tu boleh terjalin selepas ade sefahaman. Ibarat bahasa, kalau kite berbahasa melayu bercakap dengan bangsa asing yang berbahasa ibunda mereka, bagaimana nak ada sefahaman. Sebab itulah kita kene ade satu minat atau ciri2 yang kedua2 pihak suka sama suka, barulah persahabatan yang teguh tu boleh terjalin.

Menjaga hati seseorang bukannya senang. Sedangkan menjaga hati sendiri jauh lebih susah. Sebab tulah elok dan lebih baik kite mengenali baik buruk diri kita terlebih dahulu sebelum menilai orang lain. Menjadi satu amalan bagi kite berkongsi minat dan kehidupan dengan rakan2. Kalau hidup berseorangan macam mana otak nak berkembang kan?

Dari persahabatan boleh terjalin ikatan. Mungkin dalam beribu kawan, salah sorang akan menjadi pasangan seumur hidup. Sebab tu la kite perlu kenal hati budi sahabat itu dari awal2 perkenalan. Sifat terlalu mempercayai kawan tu haruslah dielakkan. Satu hari iya akan memakan diri. Sifat berhati2 ni boleh diguna pakai dalam persahabatan.

Diharap anda semua dapat megenali sahabat2 anda dengan lebih baik termasuk diri anda sendiri. Dunia ni xkan pernah indah tanpa sahabat disekeliling. Ikuti Al-kisah2 kehidupan dalam post akan datang.

Originally posted by Lifestyle4mens

0 comments:


Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

About Me

My photo
DRIFT REPUBLIC 013-3009455