
Setiap manusia ni ade hati dan perasaan. Tapi manusia ni dilahirkan dengan pelbagai watak dan pendirian. Ada sesetengah itu jenis nak berterus terang dan ada pulak yang suka pendam dalam hati. Tapi, bile nak tahu anda sudah dilamun cinta?, ni ade sedikit list down yang saya dapat masa berborak dengan kawan-kawan.
- Hati berdebar setiap kali jumpa orang yang anda minati: Dalam kes macam ni, boleh kite nampaklah memang selalu berlaku dalam kehidupan. Lelaki lah terutamanya senang jatuh hati, tak kiralah dari segi apa, yang menbuatkan die rasa si gadis ni ade sesuatu yang "special" baginya. Setiap kali jumpa, tak kira la kat mana-mana, rasa berdebar, dalam hati macam nak tegur ke tak nak, haha macam-macam perasaan bermain difikiran. Yang penting tu dah tunjuk petanda anda dah syok kat sigadis ni. Langkah seterusnya, mulakan usaha anda.
- Kuat berangan: hahaha yang ni tuan punya badan memang xkan perasan. Tapi orang disekeliling dia yang akan perasan perkara ni berlaku. Mana taknye, kawan kita ni asik mengelamun sorang2 xsedar apa orang lain sembangkan. Pikiran die dok melayang je terbayang si gadis ni. Bukan xbaik tapi kurang2kanlah ye bang.haha. Nasihat saya skali lagi, nak berangan biarlah dok sorang2 jangan dengan kawan disekeliling, nanti kena bahan pulak anda.
- Berusaha cari profil si gadis xkira apa cara sekali pon : Yang ni skarang dah jadi trend. Semua tahu sekarang semua dah senang. Nak kenal sepenuhnye bole cari kat myspace or facebook. sekali dapat nama terus boleh search & boleh mula berkenalan sesama sendiri. Ade la sesetengah pihak ni masih nak guna cara lama, tanya dekat kawan2 la ape no telefon si gadis, tapi x berguna jugak kalau die reject setiap sms or call anda tu. huuhu. Apa2 pon tu memang dah tunjuk anda memang tengah berkenan sangat dengan awek/gadis ni. So keep it on.
- Gile bayang: sebut gile bayang ni dah macam cerita zaman P.Ramlee pon ade. Tengok tv, keluar muka gadis tu, tengok mee dalam mangkuk pon bole gak terbayang muka awek ni. Aiseh, ketogori anda ni dah serius dah. Elok2lah anda berusaha secara menerus "approach" si gadis ni, DENGAN KADAR SEGERA!. Kalau anda dah tahu die ni single, apa nak tunggu lagi. Sebelum ade buaya lain sambar, baik ang sambaq dulu, haha. Berani skitlah kali ni supaya penyakit anda tu dapat disembuhkan. Kang ade pulak yang kata anda ni xbetul.
Another post by L4M
